Tuesday, January 06, 2009

hari pertama masuk sekolah [1]

'hari pertama masuk sekolah..tak pandai membaca mengira, tetapi cikgu begitu tabah..mengajar kami sungguh-sungguh.'

aku tidak pasti tajuk untuk lagu d atas tetapi yang pasti lagu ini dinyanyikan sewaktu hari guru selepas lagu guru2 menyanyikan lagu ' kami guru malaysiaaa' ..sepanjang aku membesar ni ade 3 buah sekolah je aku masuk..aku x pernah pindah2 sekolah.kalau kata sekolah rendah kat sekolah A..kat situ aje aku sampai darjah 6..

sekolah tadika
hari pertama masuk tadika aku sendiri kurang ingat bagaimana, aku tadika di tadika Islam kat Teluk Murok yang mana masa ni aku dan famili tinggal di rumah tok. memang x gementar sangat sebab abg, 2 orang sepupu aku tadika yang sama tapi berlainan kelas pada waktu itu. tambahan lagi, mak teh aku pulak salah sorang ustazah kat tadika tu. disebabkan tadika ni dekat sebelah masjid, waktu rehat je kami sume suke main 'skate' pakai stokin..lari-lari laju2 pastu menggelongsor dengan lantai masjid tu.



kami adik beradik semua tadika yang asasnye islam.. abg dulu tadika Al-Arqam(haaa..masa tu belum lagi ajaran sesat2 tu)..adik pulak tadika Abim..oh..hadi sahaja yang tidak..die tadika Smart Reader masa umur 5 tahun dan kemudian tukar ke Pra Sekolah umur 6 tahun..

sekolah rendah
aku rasa zaman2 aku sekolah rendah dulu persekolahan dibuka pada bulan 12, bukan bulan 1 seperti tahun sekarang, jd kiranya aku masuk darjah 1 pada ujung bulan 12 tahun 1989. aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung waktu itu sebab famili telah pindah ke rumah sendiri di Seri Manjung. mula masuk sekolah mak teman, aku cakap kat mak 'mak balikla, x payah teman akak'..pastu mak pun cakap mak balik..padahal mak duk intai aku dari jauh.

aku memang x byk ckp tp aku mudah berkawan. darjah 1, aku kelas 1 biru. Tahun tu ade anugerah murid contoh untuk semua kelas. he he he..aku dapat murid contoh dalam kelas aku..masa tu dapat piala kecik je..sebabnye aku tak nakal dalam kelas juga konon cemerlang ..(ala..darjah 1 baru..)..trick lagi satu adalah bila aku nak gi tempat kawan masa ade cikgu mengajar, aku jalan sambil duduk ke meja kawan..sampai kawan aku cakap 'patut dapat murid contoh..'

darjah 2 dapat masuk 2 hijau (kelas pertama adalah kelas hijau)..masa sekolah rendah mak ayah selalu janji , kalau dapat nombor 1 dapat sekian-sekian..darjah 2 , dapat no 1 dapat video game..darjah 3 terus no 1 dalam main game aje..periksa dah turun belas2 sebab main game selalu..sampaila aku abis darjah 6 aku di SKSM itu..

waktu sekolah juga best sebab waktu rehat sempat main, kalau sekolah petang..best2..main cop tiang.. main galah panjang..main lompat getah..main aci kejar..aci duduk..ceper..batu seremban (selalunya dak perempuan akan ada satu set batu seremban ni..cari batu bulat2 kan..kadang bila tau cikgu tak masuk kelas..hah..terus buat kumpulan lawan masing2 main batu seremban..)

aku juga masuk pertandingan menyanyi masa sekolah rendah..dulu ade ape ke..Wirawan Seni anjuran EON tu..aku rasa sume sekolah ade kot..kalau sapa menang final ada dlm TV tu..tp aku kalah le kan..nyanyi bukan pakai minus one masa tu..ade org main keyboard tu..jenuh nak cari key suara masing2 masa tu.

sekolah agama rakyat
ni sekolah waktu petang selalunya kat taman2 akan ade sekolah agama rakyat sendiri. taman aku mula ada masa aku darjah 4 rasanya. sebelum tu aku , abg n adik gi mengaji kat rumah org.. ade sekali tu nak gi ngaji tu kene kejar ngan anjing. itula pengalaman aku berlari dengan laju sekali sambil jerit-jerit..anjing gila barangkali..

jadi masa sekolah agama rakyat, seronok gak o0o0o..mana taknya..byk main..galah panjang. getah dan sume permainan yang sewaktu dengannya boleh main waktu rehat..kalau puasa x main la..main SOS ke..main kepung ke binggo ke (yang main kat buku kotak2 tu).. dan aku ingat zaman dulu lagi dah main MORE JUTARIA ala2 roda impian tu..tp buat sendiri..tengah2 tekan dengan pensil pastu tanpa tengok kertas tu lompatkan tangan ke arah kite nak dan dapat nilai, ada pulak tukang pusing roda dengan tangan (buat sendiri dengan kertas dengan bubuh nilai sendiri)

kat sekolah agama mmg ade ihtifal iaitu ade pertandingan tertentu mcm tilawah al-quran,tahfiz , khat dan nasyid di antara sekolah2 agama rakyat lain..masa ni aku jd qariah sekolah agama rakyat ni..aku sendiri tak berapa pasti mcm ne aku boleh masuk dan terpilih oleh ustaz masa tu..tp okla..first time masuk aku dapat no 4, pada tahun hadapannya, aku dapat no 2 pulak, no 1 budak tu dari TLDM yang memang dah sampai peringkat kebangsaan. aku bertuah jugak sebab ustaz aku masa tu memang seorang qari, ustaz aziz, beliau juga pernah mewakili negeri perak dalam pertandingan tilawah kebangsaan. aku juga ada belajar taranum masa tu dengan pak ya. malam2 aku ngan Mahsuri( ni budak laki..tp nama Mahsuri tu) gi belajar lagu2 baca al-quran kat Blok A. aku pulak duduk Blok T dan Mahsuri duk blok S. Jadi kami jumpe kat simpang dan sama2 kayuh basikal masing2..

darjah 6, dapat murid contoh gak kat sekolah agama rakyat ni.ha ha ha..aku ingat Pak Ya cakap masa tu..'bakal pendakwah'..maapkanla aku wahai pak ya..kemudian bersambung ke sekolah menengah di Ipoh..akan ku sambung ceritera sekolah menengah ini nanti ya..

2 comments:

Sagittarius Wifey said...

main cop tiang tu, cam seme org main kan?satu malaysia tau hahaha..

aida said...

sue - a'a..permainan tipikal setiap sekolah..uhuhu